Wednesday, October 26, 2011

Peraturan Karnival Sukan


PERATURAN AM PERTANDINGAN

1.             Setiap kelas tahun 1 – 5 diwajibkan menghantar penyertaan dalam setiap permainan yang diadakan.
2.             Penyertaan adalah terbuka kepada murid kelas masing-masing. Walaubagaimanapun, pengurus pasukan boleh mengimport murid dari kelas lain(dalam tahun yang sama ) sekiranya kekurangan murid dalam kelas tersebut.
3.             Setiap pasukan permainan hendaklah mempunyai 10 pemain iaitu 7 pemain utama dan 3 pemain simpanan.
4.             10 orang pemain diperlukan  unutuk acara sukaneka.
5.             Pengurus boleh menamakan pasukan dengan nama yang baik dan sesuai.
6.             Setiap pertandingan dijalankan secara kalah mati.
7.             Pakaian setiap pasukan hendaklah seragam dan diuruskan pengurus pasukan sendiri. Namun begitu, jika mempunyai kekangan , memadailah dengan memakai pakaian sukan sekolah sahaja.
8.             Minuman akan ditaja pihak penganjur.
9.             Hadiah akan disediakan untuk johan dan naib johan sahaja.
10.         Segala urusan dan pertanyaan bolehlah berurusan dengan Setiausaha Sukan.  




No comments:

Post a Comment